SEKOLAH KEBANGSAAN KUBANG KUAU, RANTAU PANJANG KELANTAN

KARANGAN PERIBAHASA

Bagai Tikus Membaiki Labu

Salim bertekad tidak mahu menghantar jam tangannya yang rosak itu ke kedai .Dia mahu membaiki jam itu sendiri .

Dia mengambil gunting kecil di dalam laci almarinya . dia membuka skru jam itu dengan menggunakan bahagian hujung gunting tersebut .Sebaik sahaja terbuka , salim melihat pelbagai komponen elektronik di dalam jam itu. Dia tidak tahu hendak membetulkan yang mana satu . Salim memutuskan untuk menanggalkan bateri jam itu lalu mengelapnya dengan kain. Kemudian , Salim meletakkan bateri kecil itu di tempatnya semula .

Dia menggerak-gerakkan jarum jam itu beberapa kali namun ternyata tiada juga hasil. Salim mengetuk-ngetuk jam itu namun tidak memberi kesan juga. Berpeluh -peluh badannya kerana asyik membetulkan jam itu namun tetap tidak berjaya. Kini Salim sedar bahawa perbuatannya tidak ubah "bagai tikus membaiki labu ".

5 comments: