SEKOLAH KEBANGSAAN KUBANG KUAU, RANTAU PANJANG KELANTAN

KONGSI RESEPI

KEK AMBON MAMA

 1/2 kg gula 5 biji telur
 1 sudu besar ovelatte
 1 cwn aiskrim soda
 1/2 sudu teh esen vanila
 1/2 kg gandum
 pewarna
 acuan kertas kecil

 Cara membuatnya :

 1. Campurkan telur dan gula dalam bekas ( saya lebih senang pakai blender je)pukul hingga
      kembang.
 2. Masukan semua bahan lain satu persatu kecuali gandum kedalam blender tadi . blend sekali   
     lagi sehingga semua bahan sebati.
 3. Masukkan bahan yang diblender td ke dalam bekas lain dan masukkan gandum sedikit demi
     sedikit sehingga habis.
 4. bahagikan adunan yang siap td kepada beberapa bekas mengikut jumlah warna yg
     dikehendaki.masukkan warna ,kacau hingga sebati.
 5. masukkan adunan yang telah siap dicampur warna ke dalam acuan yg dikehendaki.
 6. kukuslah lebih kurang 10 minit.
 7. Siap untuk dimakan bersama keluarga.


 SELAMAT MENCUBA

KARANGAN PERIBAHASA

Bagai Tikus Membaiki Labu

Salim bertekad tidak mahu menghantar jam tangannya yang rosak itu ke kedai .Dia mahu membaiki jam itu sendiri .

Dia mengambil gunting kecil di dalam laci almarinya . dia membuka skru jam itu dengan menggunakan bahagian hujung gunting tersebut .Sebaik sahaja terbuka , salim melihat pelbagai komponen elektronik di dalam jam itu. Dia tidak tahu hendak membetulkan yang mana satu . Salim memutuskan untuk menanggalkan bateri jam itu lalu mengelapnya dengan kain. Kemudian , Salim meletakkan bateri kecil itu di tempatnya semula .

Dia menggerak-gerakkan jarum jam itu beberapa kali namun ternyata tiada juga hasil. Salim mengetuk-ngetuk jam itu namun tidak memberi kesan juga. Berpeluh -peluh badannya kerana asyik membetulkan jam itu namun tetap tidak berjaya. Kini Salim sedar bahawa perbuatannya tidak ubah "bagai tikus membaiki labu ".

PANTUN PERIBAHASA

Burung jelatik burung jeladan ,
Terbang mari ke hujung benua ,
Sama cantik sama padan ,
Bagai pinang di belah dua .

Dara sunti berhias di cermin ,
Sedang melentik si bulu mata ,
Dua mempelai di atas pelamin ,
Seperti cincin dengan permata .


Hujan panas turun berderai ,
Guruh menyambar pohon jati ,
Kasih sayang tak boleh bercerai ,
Bagai rambut bersimpul mati .


Berburu ke padang datar ,
Dapat rusa berbelang kaki ,
Berguru kepalang ajar ,
Bagai bunga kembang tak jadi .

Pembelajaran Part 1