SEKOLAH KEBANGSAAN KUBANG KUAU, RANTAU PANJANG KELANTAN

PERIBAHASA

Peribahasa merupakan susunan kata yang teratur, sedap didengar, dan cukup bermakna. Peribahasa dibentuk atau dicipta berdasarkan pandangan dan perbandingan yang teliti terhadap alam sekeliling dan peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam masyarakat. Oleh sebab peribahasa dibentuk dengan satu ikatan bahasa yang indah dan padat, maka melekatlah peribahasa itu di  mulut orang ramai turun-temurun .peribahasa digunakan orang sebagai kiasan, teladan, dan pengajaran. Itulah sebabnya peribahasa sering digunakan untuk mengindahkan karangan atau ketika memberikan ucapan atau syarahan.




PERUMPAMAAN


Bagai aur dengan tebing
    Maksudnya
    tolong-menolong antara satu dengan yang lain

    Ayat contoh
    Penduduk kampung ini mengamalkan sikap tolong-menolong bagai aur dengan tebing.


    Bagai bulan dipagari bintang

    Maksudnya
    kecantikan gadis yang tiada tolak bandingannya

    Ayat contoh
    Kecantikan anak gadis Mak Yam bagai bulan dipagari bintang.


    Bagai bunyi cempedak jatuh

    Maksudnya
    bunyi jatuh yang kuat

    Ayat contoh
    Azril terjatuh dari pokok itu bagai bunyi cempedak jatuh.


    Bagai dihiris dengan sembilu

    Maksudnya
    perasaan yang sangat pedih

    Ayat contoh
    Hatinya bagai dihiris dengan sembilu apabila dituduh mencuri wang itu.


    Bagai duri dalam daging

    Maksudnya
    sesuatu hal yang tidak menyenangkan

    Ayat contoh
    Perbuatan meniru dalam kalangan pelajar bagai duri dalam daging


    Bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing

    Maksudnya
    hanya mementingkan diri sendiri

    Ayat contoh
    Perdana Menteri menasihati rakyat agar tidak bersikap seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk  masing-masing.


    Bagai kacang lupakan kulit

    Maksudnya
    orang yang tidak tahu mengenang budi

    Ayat contoh
    Apabila sudah senang, Zamri mula bersikap bagai kacang lupakan kulit.


    Bagai kuku dengan isi:

    Maksudnya
    sangat karib

    Ayat contoh
    Persahabatan mereka bagai kuku dengan isi.


    Bagai kumbang putus tali

    Maksudnya
    amat cepat;terlepas daripada sengsara

    Ayat contoh
    Peragut itu melarikan diri bagai kumbang putus tali apabila dikejar oleh polis.


    Bagai melepaskan batuk di tangga

    Maksudnya
    membuat sesuatu kerja tetapi tidak sampai selesai

    Ayat contoh
    Janganlah kamu buat kerja ini bagai melepaskan batuk di tangga saja.



    Bagai menatang minyak yang penuh

    Maksudnya
    mendidik anak dengan penuh kasih sayang

    Ayat contoh
    Puan Mei Ling mendidik anaknya bagai menatang minyak yang penuh.



    Bagai murai tercabut ekor

    Maksudnya
    seseorang yang becok mulutnya

    Ayat contoh
    Mulut Mak Senah bagai murai tercabut ekor apabila memarahi anak-anaknya.



    Bagai tikus membaiki labu

    Maksudnya
    hendak membetulkan barang yang tidak diketahui

    Ayat contoh
    Perbuatan Ravin bagai tikus membaiki labu apabila dia mencuba membaiki radio yang rosak itu.



    Ibarat burung, mata lepas badan terikat

    Maksudnya: tidak ada kemerdekaan

    Ayat contoh:

    -Rakyat di negara komunis ibarat burung, mata lepas badan terikat.



    Laksana burung diam dalam sangkar

    Maksudnya: orang yang terikat hidupnya

    Ayat contoh:

    -Walaupun dia anak orang kaya, tetapi dirinya laksana burung diam dalam sangkar.



    Laksana katak diharung ular

    Maksudnya: lari bertempiaran dengan suara riuh rendah kerana ketakutan

    Ayat contoh:

    -Kanak-kanak itu lari laksana katak diharung ular apabila disergah oleh orang yang tidak siuman.



    Laksana pohon kayu tidak berbuah

    Maksudnya: ilmu yang tidak diamalkan

    Ayat contoh:

    -Lelaki itu laksana pohon kayu tidak  berbuah kerana tidak mengamalkan ilmu yang
      dipelajarinya



    Seperti anjing dengan kucing

    Maksudnya: selalu bertegkar

    Ayat contoh:

    -Redzal dan Amsyar seperti anjing dengan kucing, jika bertemu pasti bertengkar.



    Seperti api dalam sekam

    Maksudnya: perbuatan jahat atau demdam yang tersembunyi

    Ayat contoh:

    -Dia seperti api dalam sekam, niat jahatnya baru kini diketahui orang.



    Seperti Belanda minta tanah

    Maksudnya: diberi sedikit, lalu hendak minta banyak

    Ayat contoh:

    -Cukuplah dengan bahagian harta yang diberikan kepada kamu, janganlah menjadi seperti
      Belanda minta tanah.



    Seperti cacing kepanasan

    maksudnya: selalu gelisah

    -Ayat contoh:

    Priya seperti cacing kepanasan kerana dia tertinggal buku latihan Matematiknya di rumah.



    Seperti cincin  dengan permata

    Maksudnya : Jodoh yang sesuai benar

    Ayat contoh :

    -Pasangan pengantin itu seperti cincin dengan permata .



    Seperti delima merekah

    Maksudnya :  Mulut dan gigi  yang bagus.

    Ayat contoh :

    -Peragawati itu sungguh cantik , Mulutnya seperti delima merekah .



    Seperti embun dihujung rumput .

    Maksudnya  :  Kasih sayang yang lekas hilang .

    Ayat contoh  :

    -Kasih sayang Azhan kepada isterinya seperti embun dihujung rumput apabila  dia
      meninggalkan isterinya lalu mengahwini gadis lain .



    Seperti gergaji dua mata

    Maksudnya  :  Mencari keuntungan dari kedua-dua belah pihak.

    Ayat contoh  :

    -  Dia cepat menjadi kaya kerana bersikap seperti gergaji dua mata .



    Seperti hujan jatuh ke pasir

    Maksudnya: nasihat yang tidak dihargai atau sesuatu kerja yang sia-sia

    Ayat contoh:

    -Nasihat yang saya berikan kepada Linggam itu seperti hujan jatuh ke pasir saja kerana dia
      tidak   ambil peduli langsung.



    Seperti kaca terhempas ke batu

    Maksudnya: hati yang hancur kerana amat dukacita

    Ayat contoh:

    -Hati ibu tua itu seperti kaca terhempas ke batu apabila anak-anaknya tidak mengandahkannya
      lagi.



    Seperti kera mandapat bunga

    Maksudnya: seseorang yang tidak tahu menghargai pemberian orang lain

    Ayat contoh:

    -Tini bersikap seperti kera mendapat bunga kerana langsung tidak menghargai hadiah yang
     diberikan oleh kawan-kawannya.



    Seperti kerbau dicucuk hidung

    Maksudnya: orang bodoh yang selalu menurut kemahuan orang lain

    Ayat contoh:

    -Kamu harus tegas, janganlah jadi seperti kerbau dicucuk hidung.



    Seperti langit dengan bumi

    Maksudnya: banyak sekali bezanya

    -Ayat contoh:

    Walaupun Irdini dan Irniza adik-beradik, tetapi kelakuan mereka seperti langit dengan bumi.



    Seperti lipas kudung

    Maksudnya: selalu bergerak dengan cepat;selalu sibuk berkerja

    -Ayat contoh:

    Gadis itu bekerja seperti lipas kudung



    Seperti pahat dengan penukul

    Maksudnya: saling membantu

    Ayat contoh:

    -Penduduk kampung itu bekerja seperti pahat dengan penukul untuk membersihkan kawasan  kampung.



    Seperti tikus jatuh di beras

    maksudnya: suka dan senang sekali

    Ayat contoh:

    -Kehidupan Najwa seperti tikus jatuh di beras apabila berkahwin dengan anak orang kaya itu.




    LATIHAN


    Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

    1. Kami terkejut mendengar bunyi yang amat kuat di atas bumbung rumah , ________________________ ( bagai melepaskan batuk di tangga , bagai bunyi cempedak jatuh )
    2. Nasihat daripada rakan-rakannya itu langsung tidak dihargainya _____________________________________(seperti hujan jatuh ke pasir , seperti api dalam sekam )
    3. Pengemis itu hidup susah dan melarat _______________________________________________
    ( bagai pungguk rindukan bulan , seperti rumput di tepi jalan )
    4. Dollah dan Rahmat yang sudah bertahun-tahun berselisih faham itu , akhirnya telah berdamai _________________________________________( nasi sudah menjadi bubur , air di cincang tiada putus )
    5. Hati Mak Milah hancur apabila menerima berita kemalangan anaknya __________________________________ ( seperti tikus jatuh ke riba , seperti kaca terhempas ke batu )
    6. Muka Mira ______________________________________kerana terlalu lama di tengah padang itu . ( seperti udang di bakar , seperti lintah menghisap darah )
    7. Mak Limah sentiasa pantas membuat kerja-kerja rumah. Dia_____________________________
    ( seperti batu di pulau , seperti lipas kudung )

    22 comments:

    1. Replies
      1. tu smua basic jee...nk perkataan unik sked

        Delete
      2. klu nk cri kt kamus peribahasa . situ mmg byk

        Delete
      3. klu nk cri kt kamus peribahasa . situ mmg byk

        Delete
      4. Mmg ni perumpamaan yang biasa2 dan sering digunakan utk murid sekolah rendah . Byk lg perumpamaan tp tak sempat nak update .

        Delete
      5. Mmg ni perumpamaan yang biasa2 dan sering digunakan utk murid sekolah rendah . Byk lg perumpamaan tp tak sempat nak update .

        Delete
      6. Alhamdulillah sangat berbaloi untuk anak anak saya terima kasij😁

        Delete
    2. Replies
      1. betul ke maksud 'seperti pahat dengan penukul' tu? bukan ke maksudnya orang yang kena disuruh baru buat kerja.

        Delete
    3. NAEFKNVKHKJISH















      jwgwgjwjg
      rhbaergQGFR
      WEFYGugf
      hihjutyujbh'gisd
      ksfhi
      sdvyusuityoSGFDUFGGFHDSJS
      AASG
      F
      F
      F
      F
      F
      GT
      Gs
      sd
      d
      dg
      sdg
      sgd
      sdg
      sdg
      d
      dgddg
      d
      dg
      dgdg
      dg
      dg
      dg
      dg

      ReplyDelete
      Replies
      1. i don't understand what are you type in this web

        Delete
      2. This comment has been removed by the author.

        Delete
    4. NAEFKNVKHKJISH















      jwgwgjwjg
      rhbaergQGFR
      WEFYGugf
      hihjutyujbh'gisd
      ksfhi
      sdvyusuityoSGFDUFGGFHDSJS
      AASG
      F
      F
      F
      F
      F
      GT
      Gs
      sd
      d
      dg
      sdg
      sgd
      sdg
      sdg
      d
      dgddg
      d
      dg
      dgdg
      dg
      dg
      dg
      dg

      ReplyDelete
    5. i never get the peribahasa that i am finding...

      ReplyDelete
      Replies
      1. Same bruh i was tryna find bagai hujan jatuh ke pasir

        Delete
    6. i get the peribahasa that i am finding

      ReplyDelete
    7. I cant believe I found this just now for Clash of Clans: https://extragems.com/ It really works! (ABDlmo)

      ReplyDelete